Wednesday, 24 March 2010

Panitia Pendidikan Islam SMKPB anjur Kursus Haji dan Umrah

Hari ini buat julung kalinya Panitia Pendidikan Islam SMK Pak Badol, menganjurkan Kursus Pengenalan Ibadat haji dan Umrah sebagai merealisasikan P & P untuk sukatan pendidikan Islam tingkatan empat. Kursus ini adalah hasil kerjasama bersama Lembaga Tabung Haji Kota Bharu.




Banner Kursus Pengenalan Ibadat haji dan Umrah Kali 1 2010
.

Ustaz Mohamad bin Yahya (Ketua Panitia P.Islam SMKPB) selaku pengerusi majlis memulakan ucapan alu-aluan.
Wakil Pegawai tabung haji memberi penerangan ringkas berkaitan dengan KELAB TAHA kepada semua pelajar

Penceramah Kursus Pengenalan Haji dan Umrah: Ustaz Haji Othman bin Ahmad dari Repek Pasir Mas, begitu bersemangat memberikan ceramah Haji dan Umrah kepada warga SMK Pak Badol, khususnya kepada para pelajar.....



Slot pembukaan Akaun tabung haji dan Kelab Taha dilancarkan dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Terima kasih kepada semua pihak yang teribat menjayakan program pada hari ini. Jazakumullahu khairan kathira.





Lagi panorama Kursus Haji dan Umrah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMKPB..klik di sini

Saturday, 20 March 2010

SAMBUTAN HARIJADI: SATU PANDANGAN

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam. Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.

Perkhabaran itu mungkin benar dan mungkin juga tidak. Namun apa yang penting,umat yang beragama Islam  seharusnya tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan redah  keatas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud:
Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam.

Usahlah kita mengambil budaya orang lain apatah lagi budaya bangsa Yahudi ini untuk kita jadikan amalan dalam kehidupan kita. janganlah jadi bangsa yang lemah, yang hanya suka meniru...tetapi jadilah bangsa yang maju yang suka menghidupkan agama dalam setiap aspek kehidupan.

Tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua. Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain seperti bersedekah, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.