Showing posts with label Tarbiah dan Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah dan Dakwah. Show all posts

Tuesday, 3 August 2010

Ayat Seribu Dinar

Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.

Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.

Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.

Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MENGAMALKAN kandungan ayat ini.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga :




Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Kesimpulannya, jika ingin murah rezeki atau mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah jadi orang yang TAQWA.

Monday, 2 August 2010

Suami isteri yang romantik...pencetus kebahagiaan

Minum menggunakan cawan yang sama

Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Pada suatu waktu ketika aku sedang haidh, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada nabi s.a.w, baginda baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haidh, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada nabi s.a.w lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku.”
(Muslim)


Mandi bersama dan tidur satu selimut

Daripada Atha' bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya: “Mengapa engkau bangkit?” Jawabnya: “Kerana saya haid, wahai Rasulullah.”

“Sabdanya: “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.” (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur)

Memakaikan wangi-wangian

Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Bermanja

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq)


Meredakan kemarahan

Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: “Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni)


Memberikan hadiah.

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: “Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”

Beliau (Ummu Kultsum) berkata: “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Galakan Memberi Salam...

Salam Ukhuwah buat semua

Saya bukanlah pakar dibidang hadis, juga bukan mahir di bidang feqah mahupun tauhid, tetapi naluri ini cukup mendesak untuk menerokai bidang-bidang tersebut walaupun sedikit, ingin memahami, menghayati dan juga ingin dijadikan suatu amalan yang boleh dibudayakan dalam kehidupan ini.

Semudah menyebutnya ditepi bibir, kalimah salam 'assalamualaikum' cukup senang diamalkan sebenarnya, cukup cantik dibudayakan sebetulnya...alangkah mulianya hidup insan yang cuba mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap ketika perjalanan hidupnya. Sunnah Rasulullah SAW semudah pengucapan salam ini terlalu senang untuk dibudayakan jika kita mahu melakukannya. Alangkah bertuahnya insan yang mengamalkan salam kerana bermula dengan niat ingin mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, sekaligus menjadikan kita insan yang paling hampir dengan sisi Allah SWT. Sebagaimana Abi Umamah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah SWT ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka).

Sehubungan dengan kepentingan penyebaran pengucapan salam ini juga, dapat diselami dan dilihat kepada yang perkara pertama yang Nabi SAW sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad , Ibn Majah dan al-Baihaqi )

Pengucapan salam memberi makna yang besar dalam soal hubungan antara sesama manusia sebenarnya. Umat Islam tidak akan menjadi Muslim yang sejati jika hanya mengikat hubungan mereka hanya dengan Allah (Hablun Minallah) sahaja, bahkan hubungan sesama manusia (Hablum Minannas) juga amat penting untuk tujuan tersebut. Nabi SAW juga bersabda : Tidak dihalalkan bagi seorang muslim memulau saudaranya lebih dari 3 malam, sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yang terbaik di antara keduanya ialah yang mendahului memberi salam. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW bersabda:Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis, maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali pada orang yang masih bersengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat, Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.


Alangkah ruginya bagi orang-orang yang membiarkan persengketaan terus membelenggu diri mereka, sedangkan semudah mengucapkan salam mereka sebenarnya dapat membebaskan diri mereka daripada keadaan yang tidak disukai Allah SWT tersebut.

Oleh yang demikian, amalkanlah salam dalam kehidupan seharian kita. Ia tidak memerlukan sebarang belanja dan tenaga, cuma sekadar melafazkan seikhlas hati. Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang pengendara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak. (Shahih Muslim)

(sambung lain kali....