MISI
ILMU, IMAN dan AMAL sebagai amalan dan teras kehidupan yang dapat mewujudkan jati diri yang kental berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah.
VISI
Sekolah adalah satu institusi ilmu yang dipertanggungjawabkan bagi menghasilkan generasi yang berilmu,beriman dan disulami dengan amalan seharian untuk memertabatkan diri, sekolah, masyarakat dan negara untuk bersaing di pasaran seiring dengan ledakan globalisasi dunia. Justeru itu usaha-usaha ke arah memertabatkan keyakinan diri serta merealisasikan nilai-nilai murni harus diperlengkapkan bagi memenuhi keperluan rohani di samping kecemerlangan dalam bidang akademik.
OBJEKTIF
1. Memberi ilmu pengetahuan Pendidikan Islam sebaik mungkin kepada para pelajar sejajar dengan tuntutan Ilahi dan keperluan negara.
2. Melatih para pelajar agar dapat mengamalkan setiap ilmu yang telah dipelajari.
3. Memberi didikan akhlak Islamiah dan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar dan sentiasa beramal dengannya.
4. Kecemerlangan akademik merupakan perkara asas bagi pelajar selaras dengan apa yang dipertanggungjawabkan oleh majikan kepada guru-guru pendidikan Islam di samping melaksanakan amanah daripada Allah.
MATLAMAT
1. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam bagi semua tingkatan sekurang-kurangnya mencapai target 90 % menjelang tahun 2007.
2. Menghapuskan masalah buta Al-Quran dan jawi terutama bagi pelajar SPM.
3. Membasmi masalah disiplin, salah laku dan ponteng sekolah hingga ketahap minima.
4. Penglibatan 100% pelajar dalam semua aktiviti kurikulum Pendidikan Islam.
5. Cemerlang dalam bidang Pendidikan Agama Islam.
6. Menjadi sekolah contoh dari segi pencapaian akademik Pendidikan Islam
7. Pelajar dapat mencapai kelulusan 100% dalam ujian PAFA
8. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia, taat pada ajaran agama. Kasih dan hormat kepada ibu bapa, guru dan cinta kepada negara Malaysia.
MOTTO
“PENGURUSAN BERSISTEMATIK GPI BERKUALITI”
No comments:
Post a Comment