Tuesday, 3 August 2010

Ayat Seribu Dinar

Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.

Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.

Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.

Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MENGAMALKAN kandungan ayat ini.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga :




Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Kesimpulannya, jika ingin murah rezeki atau mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah jadi orang yang TAQWA.

Monday, 2 August 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR 2010...buat anak-anak didik tersayang!

Hari ini sudah masuk hari ke dua, calon-calon PMR menghadapi peperiksaan Percubaan PMR 2010. Semoga kalian terus berusaha untuk mencapai jaya. Besok  Pendidikan Islam Kertas 2. Semoga berjaya....

Suami isteri yang romantik...pencetus kebahagiaan

Minum menggunakan cawan yang sama

Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Pada suatu waktu ketika aku sedang haidh, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada nabi s.a.w, baginda baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haidh, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada nabi s.a.w lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku.”
(Muslim)


Mandi bersama dan tidur satu selimut

Daripada Atha' bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya: “Mengapa engkau bangkit?” Jawabnya: “Kerana saya haid, wahai Rasulullah.”

“Sabdanya: “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.” (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur)

Memakaikan wangi-wangian

Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Bermanja

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq)


Meredakan kemarahan

Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: “Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni)


Memberikan hadiah.

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: “Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”

Beliau (Ummu Kultsum) berkata: “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Contoh Kertas Kerja Program Sambutan Isra' Mikraj...


KERTAS CADANGAN
PROGRAM ISRA’ DAN MIKRAJ

TAJUK PROGRAM:

ANJURAN:

OBJEKTIF PROGRAM:



RASIONAL PROGRAM:




SASARAN:



TEMPAT:
TARIKH :
TENTATIF PROGRAM:





AHLI JAWATANKUASA:






























SUMBER KEWANGAN:


ANGGARAN PERBELANJAAN:















PENUTUP:




PROGRAM ISRA’ DAN MIKRAJ

Persatuan Pendidikan Islam / Panitia Pendidikan Islam 

1.       Menanam rasa cinta kepada Rasulullah SAW
2.       Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat)

1.       Pelajar perlu diberi pendidikan tentang kepentingan peristiwa isra’ dan mikraj
2.       Pelajar perlu diberi peluang untuk menyemarakkan ilmu islam dalam jiwa muda mereka.


1.       Semua guru dan semua pelajar SMKPB (plan A)
2.       Semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4 (plan B) – jika hari hujan


Dataran Kejat (Plan A) / Musolla (Plan B)
              11 Julai 2010M / 28 Rejab 1431H (Ahad)
07:30 : Perhimpunan pelajar
07:40 : Nyanyian lagu patriotic
07:50 : Ceramah Isra’ dan Mikraj
09:30 : Kuiz Guru dan Pelajar


Penasihat : Tn Hj Mohd Hamdi b Awang      (Pengetua Cemerlang SMK Pak Badol)
Pengerusi : Tn Hj Supi b Hussin (PK Pentadbiran)
Timb. Pengerusi 1 : En Noor Hadif b Isa (PK HEM)
Timb. Pengerusi 2: TN Hj Ruslee @ Ahmad Azam b Mohd Zin (PK Ko)
Penyelaras : Pn Mahani bt Ismail (GK Sains Sosial)
Setiausaha : Ustaz Mohammad b Yahya (KP PPI)
Pen. Setiausaha: Uztazah Razana bt Othman
Bendahari : Ustazah Rosmah bt Sidek
Ahli jawatankuasa kecil:
Hadiah / Cenderahati : Ustazah Maizan bt Ismail / Ustazah Zaleha bt Esa
Penyedia Bahan Kuiz dan Soalan Kuiz : Ustazah Razana bt Othman
Edaran Bahan kuiz dan soalan kuiz / Buku Program : Ustazah Siti Sarwani bt Zakaria
Jemputan Penceramah / Pengerusi Majlis : Ustaz Mohammad b Yahya
Jamuan Penceramah : Ustazah Maryani bt Yusof
Panel Juri : Ustazah Rosmah bt Sidek (Menengah Atas)  / Ustazah Saadiah bt Mohd Saleh (Menengah Rendah & Guru)
Siaraya: En ismail b Hussin
Kawalan Disiplin : En Mohd Sani b Awang Mat dan guru bertugas






1.       Yuran kegiatan agama / bajet Panitia Pendidikan Islam


1.       Saguhati Penceramah :                                               RM 150.00
2.       Hadiah Kuiz Pelajar
i.                     Kategori Menengah Atas: 20 x RM8 =       RM160.00
ii.                    Kategori Menengah Rendah : 20 x RM8 =RM160.00
3.       Fotostat soalan kuiz dan belanja pelbagai :              RM130.00
4.       Banner / kain Rentang :                                             RM200.00
                              Jumlah            :                            RM800.00
( Ringgit Malaysia: Lapan Ratus sahaja)


Adalah diharapkan program ini dapat member suntikan untuk menjadikan dinul Islam sebagai satu cara hidup seluruh warga SMK Pak Badol khususnya dan seluruh muslimin dan muslimat umumnya.



Disediakan oleh:
(USTAZAH RAZANA BT OTHMAN)
Tarikh : 4 Julai 2010






Galakan Memberi Salam...

Salam Ukhuwah buat semua

Saya bukanlah pakar dibidang hadis, juga bukan mahir di bidang feqah mahupun tauhid, tetapi naluri ini cukup mendesak untuk menerokai bidang-bidang tersebut walaupun sedikit, ingin memahami, menghayati dan juga ingin dijadikan suatu amalan yang boleh dibudayakan dalam kehidupan ini.

Semudah menyebutnya ditepi bibir, kalimah salam 'assalamualaikum' cukup senang diamalkan sebenarnya, cukup cantik dibudayakan sebetulnya...alangkah mulianya hidup insan yang cuba mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap ketika perjalanan hidupnya. Sunnah Rasulullah SAW semudah pengucapan salam ini terlalu senang untuk dibudayakan jika kita mahu melakukannya. Alangkah bertuahnya insan yang mengamalkan salam kerana bermula dengan niat ingin mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, sekaligus menjadikan kita insan yang paling hampir dengan sisi Allah SWT. Sebagaimana Abi Umamah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah SWT ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka).

Sehubungan dengan kepentingan penyebaran pengucapan salam ini juga, dapat diselami dan dilihat kepada yang perkara pertama yang Nabi SAW sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad , Ibn Majah dan al-Baihaqi )

Pengucapan salam memberi makna yang besar dalam soal hubungan antara sesama manusia sebenarnya. Umat Islam tidak akan menjadi Muslim yang sejati jika hanya mengikat hubungan mereka hanya dengan Allah (Hablun Minallah) sahaja, bahkan hubungan sesama manusia (Hablum Minannas) juga amat penting untuk tujuan tersebut. Nabi SAW juga bersabda : Tidak dihalalkan bagi seorang muslim memulau saudaranya lebih dari 3 malam, sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yang terbaik di antara keduanya ialah yang mendahului memberi salam. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW bersabda:Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis, maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali pada orang yang masih bersengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat, Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.


Alangkah ruginya bagi orang-orang yang membiarkan persengketaan terus membelenggu diri mereka, sedangkan semudah mengucapkan salam mereka sebenarnya dapat membebaskan diri mereka daripada keadaan yang tidak disukai Allah SWT tersebut.

Oleh yang demikian, amalkanlah salam dalam kehidupan seharian kita. Ia tidak memerlukan sebarang belanja dan tenaga, cuma sekadar melafazkan seikhlas hati. Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang pengendara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak. (Shahih Muslim)

(sambung lain kali....

Analisa Soalan Pendidikan Islam PMR 2005 - 2009

ANALISA SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR

SENARAI TAJUK PMR 2006

BAHAGIAN A:

TQ/HN:
1. Surah al-baqarah : 34-37 Kepatuhan Malaikat (T1)
2. Surah ali-Imran : 103 Perpaduan Asas Kesejateraan (T2)
3. Hadis: Amalan Mukmin Cemerlang (T3)
4. Hadis : Sedekah (T2)

BAHAGIAN B:

AQ:
1. Al-Wahid (T2)
2. Beriman kpd hari kiamat (T3)
3. Susun ayat : al-Baqarah 284 (T1)
4. Susun ayat : al-Baqarah :255 (T1)
IB:
1. Fardhu ain / fardhu kifayah (T1)
2. Solat berjemaah (T1)
3. Solat ketika sakit (T3)
SN:
1. Kesan Piagam Madinah (T3)
2. Khulafa’al-Rasyidin(KBKK)
3. Abu Bakar al-Sidik (T1)
4. Fatimah al-Zahra’ (T3)
AD:
1. Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan (T1)
2. Adab berkawan (T1)
3. Adab Bersyukur (T2)


SENARAI TAJUK PMR 2005

BAHAGIAN A:
TQ/HN:
1. Solat Jumaat : Konsep (T3)
2. Al-Baqarah : 283-286 Sifat2 Allah (T1)
3. Surah ali-Imran : Dakwah tanggungjawab bersama (T2)
4. Hadis: Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan (T1)
5. Hadis: Amalan Mukmin Cemerlang (T1)

BAHAGIAN B
AQ:
1. Konsep Aqidah (T1)
2. Asas Aqidah islam – cirri aqidah salah (T1)
3. Beriman kepada hari Kiamat : Mahsyar (T3)
4. Susun ayat : al-baqarah :286 (T1)
5. Susun ayat : al-Jumuat :8 (T3)
IB:
1. Zakat Harta (T3)
2. Konsep solat Jumaat (T2)
SN:
1. Bilal b Rabah (T1)
2. Ab Rahman b Auf (T2)
3. Pembinaan Masjid (T2)
AD:
1. Adab Menuntut Ilmu (T1)
2. Adab memelihara kesucian Mashaf (T1)
3. Doa Penyeri Kehidupan (T2)


SENARAI TAJUK PMR 2008

BAHAGIAN A
TQ / HN:
1.Surah al-Baqarah : 284 (T1)
2. Surah al-A’raf : 205-206 (T3)
3. Hadis: Amalan Mukmin Cemerlang (T3)
4.Hadis: Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmikn (T1)

BAHAGIAN B
AQ:
1. Cara rosak iman (T1)
2. Al-Adlu (T2)
3. Syurga dan Neraka (T3)
IB:
1. Con. Fardhu ain (T1)
2. Faedah fardhu kifayah (T1)
3. Syarat sah solat (T1)
4. Kebaikan solat sempurna (T1)
5. Cara tentukan waktu solat(T1)
SN:
1. Ancaman / tentangan dakwah Rasulullah (T1)
2. Pengajaran kisah perjuangan Rasulullah (T1)
3. S.Ali b Abi Talib (T2)
4. Susun ayat : al-baqarah :256 (T1)
5. Susun ayat : ali Imran : 18 (T2)
AD:
1. Adab terhadap ibu bapa (T1)
2. Adab terhadap tetamu (T3)
3. Adab terhadab orang bukan Islam (KBKK) SENARAI TAJUK PMR 2007
BAHAGIAN A
TQ/HN:
1. Surah al-Baqarah: makanan halal dan haram (T1)
2. Surah ali-Imran : 8 Hidayah Sumber kebahagiaan (T2)
3. Surah ali Imran : Perpaduan Asas kesejahteraan (T2)
4. Hadis : Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin (T1)
5. Hadis : Mencegah Kemungkaran Tanggungjawaba bersama (T2)

BAHAGIAN B
AQ:
1. Beriman kepada malaikat (T2)
2. Beriman kepada rasul (T3)
-rasul yang wajib diketahui
-sifat2 rasul
IB:
1. Bersuci daripada najis (t!)
2. Wudhuk (T1)
3. Solat Fardhu (T1)
4. Khutbah Jumaat (T1)
5. Ibadat Puasa (T2)
6. Zakat Fitrah (T2)
SN:
1. Hijrah Rasulullah ke madinah (T1)
2. S. Khalid bin al-Walid (T3)
AD:
1. ASdab berjiran (T1)
2. Adab menjalankan Tugas (T3)
3. Adab terhadap Ibu bapa (T3)


SENARAI TAJUK PMR 2009

BAHAGIAN A :
1. AL-BAQARAH : 201 Kepentingan doa dalam kehidupan Mukmin (T1)
2. Surah al-Imran : Segera bertaubat (T2)
3. Hadis: Ilmu Pengetahuan asas kejayaan (T1)
4. Hadis : Mencegah kemungkaran tanggungjawab Bersama (T2)

BAHAGIAN B:
AQ:
1. Rukun Iman Teras Akidah islam (T1)
2. Beriman kpd malaikat (T2)
3. Beriman kepada alam barzakh (T3)
IB:
1. Solat hajat (niat + tujuan+beza degn solat tahajud) (T3)
2. Solat berjemaah (kedudukan makmum + makmum masbuq)
SN:
1. Aisyah (T3)
2. Perjanjian Aqabah (T2)
3. Siapa golongan Ansar / cara Ansar sambut rasulullah ? Pengorbanan Ansar (T1)
4. Isi tempat kosong al-baqarah : 255
5. Isi tempat kosong AL-Jumuat :9
AD:
1. Adab menjaga maruah diri (T1)
2. Adab Membaca al-Quran (T1)
3. Slogan menjalankan tugas menjaga kebersihan kelas (KBKK)

Ramalan Pendidikan Islam PMR 2010...


RAMALAN SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR 2010
BAHAGIAN A:
TQ;
1.       Surah al-baqarah : 1-5 (T1)
2.       Surah al-baqarah : 83 (Berbudi dan berbakti cara Hidup mukmin) (T1)
3.       Surah al-baaqarah :285 (Berpegang Teguh dengan janji Allah) (T1)
4.       Surah al-Imran : 26 (Menginsafi kekuasaan allah (T2)
5.       Surah al-A’raf : 23 (Memohon keampunan dan rahmat Allah (T3)
6.       Surah al-A’raf : Meyakini Hari Kebangkitan (T3)
7.       Surah al-Jumuaat : 8-10 (T3)

HN:
1.       Al-Quran dan hadis panduan hidup Mukmin (T1)
2.       Sedekah (T2)
3.       Ihsan terhadap binatang (T3)
BAHAGIAN B
AQ:
1.       Dalil kewujudan Allah (T1)
2.       Al-Rahman / al-rahim / al-hakim / al-Alim (T2)
3.       Beriman kepada kitab  (T2)
4.       Beriman kepada al-Hisab / al-Mizan / Persediaan menghadapu hari akhirat / Qadh’ dan qadar (t3)

IB:
1.       Bersuci : Mandi / tayammum / samak / hikmat (T1)
2.       Khusyuk solat (T1)
3.       Solat jamak Qasar (T2)
4.       Zakat fitrah (T2)
5.       Puasa ramadhan (T2)
6.       Solat Aidilfitri/ AidilAdha

SN:
1.       Masyarakat arab jahiliyyah (T1)
2.       Strategi perjuangan rasulullagh (T1)
3.       S. Khadijah (T1)
4.       S. Abu Hurairah (T2)
5.       Umr al-Khattab (T2)
6.       (S.Abd Rahman b Auf (T2)
7.       Perjanjian Hudaibiyyah (T3)
8.       Piagam Madinah (T3)
9.       Pembukaan Kota Mekah (T3)
10.   Susun ayat / isi tempat kosong: ali Imran 26 / 27
11.   Susun ayat / isi tempat kosong : al-Jumuaat : 10
AD:

Monday, 14 June 2010

Salam Rejab 1431H

Salam Rejab buat semua. Rejab bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan...sebenarnya semua bulan adalah mulia kerana semuanya dibawah pengawasanNya dan pentadbirannya. Namun, kita tidak boleh menafikan keistimewaan yang terdapat pada bulan-bulan tertentu berdasarkan yang pernah diberitahu oleh junjungan mulia Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW; Kamu hendaklah memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah SWT akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan pada hari kiamat. Sabda baginda lagi, Bulan Rejab, bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya, bulan Syaaban dengan malam Nisfunya dan bulan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

Oleh yang demikian, kita ditunjuk ajarkan oleh Rasulullah SAW sendiri dengan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Rejab ini. Antaranya ialah banyakkan berdoa,amalan berpuasa dan juga bersedekah.

Amalan pada Bulan Rejab:

1. Doa pada malam 1 Rejab

Dimulakan dengan malam pertama bulan Rejab, kita digalakkan berdoa pada malamnya dengan doa yang bersungguh-sungguh., kerana malam ini dikatakan malam yang mustajab doanya. Dan pada setiap malam Rejab, banyakkanlah berdoa dan beristighfar (mohon ampun) kerana sesiapa yang berdoa dan memohon ampun sebanyak 70 kali dan 100 kali pagi dan petang pada bulan Rejab maka Allah akan haramkan tubuhnya dari api Neraka

2. Berpuasa

Seterusnya diikuti dengan puasa sunat pada keesokan harinya dan hari-hari seterusnya. Dikatakan bahawa puasa tiap hari pada bulan Rejab dan tiap satu sedekah, menyamai dengan seribu ibadat haji dan umrah.

Sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab, maka Allah akan berseru padanya; Telah wajib hakmu ke atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demikianlah ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan Ku tolak hajatmu, engkau adalah jiranKu, dibawah arasyKu, engkaulah kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu, sukakanlah kamu dan tiada dinding antara engkau dan Aku.

Sebenarnya terlalu banyak pendapat yang menerangkan tentang kelebihan berpuasa di bulan Rejab ini, namun semuanya tidaklah menjadi keutamaan untuk dihuraikan di sini. Cukuplah sekadar sama-sama kita cuba berkongsi tentang apa yang perlu diamalkan dengan ikhlas. Manakala soal ganjaran daripada Allah, kita serahkan saja kepadaNya.

3. Bersedekah

Bagi orang yang mampu berpuasa, maka sangat digalakkan berpuasa. Manakala orang yang tidak mampu berpuasa, maka bersedekahlah setiap hari walaupun sekurang-kurangnya sekeping roti. Sesiapa yang bersedekah seperti bersedekah seribu dinar, akan ditulis kepadanya setiap helai bulu roma yang terdapat dibadannya seribu kebajikan, diangkat seribu darjatnya dan dihapuskan seribu kejahatan. Bersedekah pada bulan Rejab juga dijauhkan daripada api Neraka, kerana Rejab bulan adalah bulan Allah.


Jika pada bulan-bulan sebelumnya kita sudahpun melakukan amalan-amalan tersebut, maka di bulan Rejab ini, kita cuba perhebatkan lagi amalannya. Lakukan sedikit amalan yang luar dari kebiasaan yang kita lakukan. Jika pada bulan-bulan sebelumnya, kita hanya berpuasa 3 hari setiap bulan, maka bermula bulan Rejab, tingkatkanlah kepada berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Jika sudahpun membiasakan diri berpuasa pada Isnin dan Khamis pada bulan sebelumnya, maka tingkatkanlah pada bulan Rejab ini kepada sekurang-kurangnya setiap hari ganjil secara berselang-selang harinya, atau cubalah membuat jadual tersendiri yang lebih baik dari bulan sebelumnya.

Demikian juga dengan semangat bersedekah dan juga beristighfar (berzikir). Tingkatkanlah dari semasa ke semasa. Semoga segala amalan yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT, benar-benar diterima di sisi Allah SWT. Dan mudah-mudahan kita benar-benar menjadi hambaNya sekaligus kekasihNya. Amin.

Hari ini Rejab datang lagi...ini bermakna tidak lama lagi, bulan puasa bakal menjelma...Jadi, untuk tidak merasa terlalu 'terkejut' dengan kehadiran bulan puasa, mak eloklah sama-sama kita berlatih puasa sempena hadirnya bulan Rejab yang mulia ini....

Sunday, 9 May 2010

Jangan Sambut Hari Ibu....

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.

Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.



Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam berpesan dalam sabdanya : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Berdasarkan hadis Rasulullah (saw) tersebut, kita amat 'risau dan bimbang' mengenai fenomena yang melanda masyarakat kita hari ini. Sambutan hari ibu sudah dijadikan satu perayaan dan sambutan besar-besaran di seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia. Apatah lagi perayaan tersebut turut sama diadakan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei....

Sebenarnya usahlah kita terlalu ghairah meniru sesuatu yang dianggap mulia, tetapi ada 'agenda kristianiti' di sebaliknya...Sepatutnya kita sama-sama berusaha untuk menghidupkan syiar islam dan bukannya menghidupkan syiar kristian. Nauzubillahi min zalik!!!







mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

Wednesday, 28 April 2010

WACANA KECEMERLANGAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...kerana sekali lagi diri ini terpanggil untuk mencoret sedikit 'ilmu' yang baru diperolehi dari majlis 'Wacana Kecemerlangan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab' yang dihadiri pada pagi tadi di SMKA Melor, Padang Raja, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis tadi diisi dengan satu slot yang agak menarik iaitu bagaimana cara menguruskan Panitia Pendidikan Islam dengan baik. Sebenarnya, ilmu tentang hal ini sudah ana kutip berdasarkan pemerhatian terhadap tugas-tugas yang dilakukan oleh Ketua Panitia ditempat bertugas....tetapi secara formalnya, pengurusan panitia ini ana belum ada pengalaman sendiri....

Majlis ini juga sebenarnya khusus untuk Ketua Panitia, tetapi oleh kerana ketua Panitia sekolah lami tidak dapat hadir, maka beliau meminta jasa baik ana menggantikannya....

Majlis ini dimulakan dengan slot oleh Jemaah Nazir jemputan iaitu Tn Hj Saiful Bahri b Ab Manaf iaitu Nazir Pendidikan Islam, negeri kelantan. Ceramah yang diberikan agak menarik juga dan menyuntik semangat ana untuk lebih maju lagi di dalam kerjaya sekarang...

Di dalam ucapan muqaddimahnya beliau ada meluahkan kebimbangan tentang masalah yang berlaku pada
pelajar-pelajar pada hari ini, dan kebimbangan terhadap  guru-guru pendidikan Islam (GPI) selaku tenaga pengajar pada hari ini. Apa yang dibimbangkannya ialah tentang 'ilmu yang GPI sampaikan tidak meresap ke dalam hati pendengar khususnya para pelajar'. Bagi ana kebimbangannya juga cukup berasas, sebab disebalik kata-katanya ada kebenarannya dan hal ini pernah juga sesekali terlintas di hati ana tentang keberkesanan cara kita mengajar dan mendidik pelajar.Ana sendiri pernah tertanya-tanya, mengapa pelajar yang kita ajar dan didik, masih lagi tidak berubah perangainya, masih lagi mahu melanggar disiplin sekolah, masih lagi malas solat dan sebagainya....terkadang sedih rasanya hati, gagal rasanya diri, kecewa tidak terperi....tercari-cari silapnya, puas mencari salahnya diri sendiri....Tetapi oleh kerana yidak mahu terus dihujani perasaan bersalah, maka segalanya diserahkan kepada Allah SWT, kita sudah memberitahu apa yang patut dan kita bukannya nabi,  sedangkan Hidayah itu milik Allah SWT...... lalu terasalah sedikit damai di hati.....lalu, samalah seperti kata Tuan Hj Saiful Bahri pada pagi tadi, kita hanya mampu berdoa agar apa yang kita sampaikan mudah-mudahan menjadi ilmu dan akhlak kepada pendengar.....

Manakala untuk slot yang kedua, sepatutnya dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendididkan Kelantan, tapi katanya tuan Pengarah tidak dapat hadir dan diganti oleh pula oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Kelantan.

Ada beberapa imput yang dapat ana kongsikan bersama hasil dari ucapan Tuan Hj Ab Razak bin , antaranya;
1. Berpeganglah kepada 7 T iaitu;
           i. Tafahhu      ( looking back and looking forward)
          ii. Tafakur      (guna minda untuk berfikir secara bijak untuk melihat realiti)
          iii. Tadabbur  (ambil iktibar terhadap perkara yang telah berlaku)
          iv. Tazkiah     (penyucian jiwa dan hati untuk memastikan kedamaian dan ketenangan)
           v. Tilawah     (bina kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran semasa0
          vi. Tahajjud    ( merintih dan meluahkan perasaan kepada Allah SWT)
         vii. Taqwa       (pelihara diri dari maksiat).

2. ada 5 mesej iaitu;
           i. merealisasikan hasrat dan harapan pengurusan GPI berlandaskan
             P T C A ( Planning To Check Action)
          ii. meneruskan kecemerlangan Pendidikan islam dan Bahasa Arab
         iii. menggerakkan aktiviti ko-kurikulum dan pengimarahan musolla
         iv. membuktikan prestasi kerja GPI di tahap cemerlang
          v. melibatkan diri dalam aktiviti sosial.


Majlis berakhir tepat jam 1:30 tengahari. Semoga sedikit coretan dari ana ini dapat sama-sama menyuntik semangat GPI dalam tugasan duniawi dan ukhrawi....Sesungguhnya, sama-samalah kita bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah SWT menjadi salah seorang daripada GPI, walaupun 'kurang glamor' tapi sebenarnya ia menuntut satu semangat jihad dalam jiwa demi meneruskan dakwah Islamiyah di atas mukabumi....Di samping itu ia juga membantu kita semua menyiapkan diri untuk kembali ke tempat kekal abadi kelak. Semoga apa yang kita usahakan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

Saturday, 24 April 2010

Hukum Ziarah Kubur...

 




HUKUM MENZIARAHI KUBUR:
Bagaimana Dengan Perempuan?



بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah SAW, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Dalam masyarakat kita, amalan menziarahi kubur akan nampak
lebih jelas pada bulan Ramadhan dan awal-awal bulan Syawwal;
sama ada menziarahi kubur ibu bapa atau lain-lain sanak saudara.
Bahkan setengah keluarga mengkerapkan ziarah kubur ibu bapa
mereka pada setiap hari Jumaat.

Amalan ziarah kubur ini perlu dikekalkan kerana ia sunnah
Rasulullah SAW. Kerana di samping
menghidupkan hubungan antara orang yang hidup dengan orang
yang telah mati, terdapat lain-lain manfaat atau tujuan yang boleh
diperolehi dari amalan menziarahi kubur itu seperti yang
disarankan oleh Islam, antaranya ialah:\

(1) Supaya dikasihi oleh Allah SWT dengan
sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam. 


(2) Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari
tanah dan kembali semula kepada tanah. 


(3) Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh)
dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan
menuju ke syurga atau ke neraka. 


(4) Mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah
berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit
kesedihan yang membawa kepada kesedaran. 


(5) Mengingat kembali terhadap orang-orang yang berjasa dan
orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah
Tauhid. 


(6) Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak
tamak akan harta benda dunia seperti dalam hadits riwayat
daripada Ibnu Mas‘ud (ra) bahawa Rasulullah
SAW bersabda:


ُ كنْتُ نَهَيْتُ ُ كمْ عَنْ زِيَارَةِ الُْقبُورِ، َفزُورُوهَا
َفِإنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا، وَتُ َ ذكِّرُ الآخِرََة
(رواه ابن ماجه)
Maksudnya: “(Pada mulanya) aku telah melarang kamu
menziarahi kubur, (kini) kamu ziarahilah kubur, kerana
sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan
kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)


(7) Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan
mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon
keampunan untuk mereka.


Hukum Ziarah Kubur
 
Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki
menziarahi kubur orang-orang Islam, terutama sekali menziarahi
kubur kedua ibu bapa.

Ini berdasarkan kepada hadits Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah ra:


زَارَ النَِّبيُّ صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ َقبْرَ أُمِّهِ َفبَ َ كى وََأبْ َ كى مَنْ حَوَْلهُ فَقَا َ ل :
استَْأَذنْتُ رَِّبي فِي َأ ْ ن َأسْتَغْفِرَ َلهَا َفَلمْ يُؤَْذ ْ ن لِي وَاسْتَْأَذنْتُهُ فِي َأ ْ ن َأزُورَ َقبْرَهَا
َفأُذِ َ ن لِي َفزُوْرُوا الْقُبُوْرَ َفِإنَّهَا تُ َ ذكِّرُ الْمَوْتَ
(رواه الجماعة)


Maksudnya: “(Pada suatu ketika) Rasulullah SAW ziarah ke kubur ibunya, lalu Baginda menangis, maka
menangis pulalah orang sekelilingnya. Kemudian Baginda
bersabda: “Aku memohon keizinan kepada Tuhanku untuk aku
memintakan ampun bagi ibuku, tetapi permohonanku tidak
diperkenankanNya. (Kemudian) aku memohon keizinan untuk
menziarahi kuburnya, maka diperkenankanNya bagiku, kerana itu
pergilah kamu menziarahi kubur, kerana hal itu akan
mengingatkan kamu kepada kematian.”
(Hadits riwayat al-Jama‘ah)

Berdasarkan hadits yang tersebut di atas, menunjukkan bahawa
menziarahi kubur itu hukumnya adalah sunat, iaitu sunat bagi
lelaki sahaja, tidak bagi perempuan.


Sebagaimana disunatkan menziarahi kaum keluarga terdekat
terutama ibu bapa dan saudara mara pada masa hayat mereka,
maka disunatkan juga menziarahi tatkala mereka sudah meninggal
dunia dengan menziarahi kubur mereka.

Sungguhpun demikian, bukanlah bermakna menziarahi kubur
orang Islam yang lain (yang bukan keluarga terdekat) itu tidak
disunatkan, malahan ia juga disunatkan dengan tujuan
mengingatkan kepada kematian, memohon rahmat untuknya dan
sebagainya.

Walaubagaimanapun tidak disunatkan musafir (belayar) hanya
kerana untuk menziarahi kubur kecuali untuk menziarahi makam
Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam.

Hukum Ziarah Kubur Bagi Perempuan
Menurut pendapat jumhur ulama hukum ziarah kubur bagi
perempuan adalah makruh; kerana sifat mereka yang tidak sabar,
cepat tersentuh perasaan, dan ditakuti akan menimbulkan perasaan
dukacita yang bersangatan sehingga menyebabkan dia menangis,
meraung atau meratapi kubur si mati.


Sungguhpun demikian, terdapat dalil yang menunjukkan bahawa
hukum bagi perempuan menziarahi kubur adalah tidak haram,

iaitu

hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik (ra)
Nabi saw berjalan melintasi seorang
perempuan yang sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اِتَّقِي اللَّهَ وَاصِْبِري
(متفق عليه)
Maksudnya: “Bertaqwalah anda kepada Allah dan bersabarlah.”
(Hadits muttafaq ‘alaih)

Dapatlah difahami dari hadis yang telah disebutkan tadi, bahawa
menziarahi kubur bagi perempuan itu tidak dilarang. Ini kerana
jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, nescaya Nabi
SAW menegur ataupun melarang
perempuan tersebut daripada menziarahi kubur.

Satu lagi riwayat ialah ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha juga pernah
menziarahi kubur. Dia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam: “Apakah yang patut aku baca kepada mereka,
(iaitu ketika melawat perkuburan)?” Jawab Rasulullah SAW:

ُقولِي: َالسَّ َ لامُ عََلى َأهْ ِ ل الدِّيَا ِ ر مِنَ الْمُؤْمِِنيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ
اْلمُسْتَْ قدِمِيْنَ مِنَّا وَاْلمُسْتَْأخِِريْنَ، وَِإنَّا ِإ ْ ن شَاءَ اللهُ ِب ُ كمْ َ لاحُِقو َ ن
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan
keselamatan ke atas ahli kubur daripada mukminin dan muslimin
dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari
kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan
sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan
bertemu dengan kamu.”
(Hadits riwayat Muslim)

Secara ringkas,hukum menziarahi kubur bagi perempuan itu
bergantung kepada tujuannya. Jika tujuannya ialah untuk
mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam
barzakh dan alam akhirat, di samping dia dapat menjaga adab
kesopanan dirinya, dapat menahan dirinya dari kesedihan yang
bersangatan, serta aman dari segala fitnah; baik dari segi
persekitaran mahupun masa berziarah, maka dalam hal ini,
hukumnya adalah makruh bagi perempuan tersebut menziarahi
kubur.

Manakala menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk
menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si
mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga
jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab
kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau
seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.

Oleh sebab itu, di antara adab-adab yang perlu dijaga oleh
perempuan yang menziarahi kubur itu ialah:

(1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya.
(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya
sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.
(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.
(4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang
dilarang ke atas kaum lelaki.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Buraidah ra:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الُْقبُو ِ ر َفمَنْ َأرَادَ َأ ْ ن يَزُوْرَ َفْليَزُرْ وَ َ لا تَُقوُْلوْا هُجْرًا
(رواه النسائي)

Maksudnya: “(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi
kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur,
berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan
perkataan yang batil.”
(Hadis riwayat an-Nasa’e)

Berbeza menziarahi kubur Rasulullah SAW hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki.
Daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ زَارَ َقبِْريْ وَجَبَتْ َلهُ شَفَاعَتِيْ
(رواه الدارقطني)

Maksudnya: “Barangsiapa menziarahi kuburku, wajiblah
baginya mendapat syafa‘atku.”
(Hadits riwayat ad-Daraquthni)

Menurut sebahagian ulama, sunat juga menziarahi kubur para nabi,
para ulama dan aulia.

Wallahu 'alam.




mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

sumber: http://izanmann.blogspot.com/


w

Jom berzikir....






Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan banyak berbicara selain berzikir kepada Allah, kerana banyak berbicara selain zikrullah, menyebabkan kerasnya hati dan sejauh-jauhnya manusia dari Allah yang berhati keras(beku)
(Attirmizi)

Sentiasalah berzikir kepada Allah...Zikir bermaksud mengingati Allah...Caranya  mudah saja...tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan atau kerja berat...ia hanya semudah menyebut A,B,C...hanya dihujung lidah...Alangkah ruginya kita sekiranya sesuatu yang amat mudah ini kita abaikan...

Berlatihlah untuk sentiasa berzikir!!!

1. Pilihlah lafaz zikir paling mudah terlebih dahulu.

Lafaz yang paling mudah untuk disebut ialah lafaz Allah...maka bermulalah dengan menyebutnya berulang-ulang kali...agar ia menjadi sebati dengan lidah dan hati. Seandainya ia sudah sebati, maka boleh kita berzikir dengan menyebut lafaz yang lain pula...seperti lafaz Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, La ilaha illallah dan sebagainya...kita sebut dengan penuh khusyuk, penuh pengertian, penuh kerendahan hati...agar ia menyerap ke dalam jiwa lalu menjadi sebati....Insya Allah, lidah kita akan sentiasa dibasahi dengannya..

2. Tentukan masa khusus untuk berzikir.

Sebenarnya, zikir kepada Allah bukanlah hanya pada masa-masa tertentu saja, tetapi dalam setiap urusan, tindakan dan kerjabuat kita hendaklah kita mengingati Allah. Namun pengkhususan masa untuk berzikir juga adalah perlu agar masa yang berlalu sentiasa terisi dengan zikrullah.Masa untuk berzikir yang paling afdhal ialah sewaktu lepas solat. Namun kita juga boleh mendisiplinkan diri kita berzikir semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...misalnya semasa memandu kendereaan ke tempat kerja, kita latihlah bibir dan lidah kita untuk berzikir. Sebutlah nama Allah seberapa banyak sekalipun sehinggalah kita tiba di tempat kerja. Alangkah mulia dan berkatnya perjalanan kita untuk mencari rezeki kurniaan Allah.Selain daripada itu, kita juga boleh mengkhususkan masa untuk berzikir ialah di permulaan masa untuk tidur pada malam hari, sementara mata belum terlelap, maka selagi itulah zikir membasahi lidah dan hati....

3. Cabar diri untuk capai jumlah zikir yang disasarkan.

Sekiranya amalan zikir ini sudah menjadi sebahagian daripada rutin dalam hidup kita, maka kita sepatutnya melakukan satu 'upgrade' kepada amalan zikir kita. Cabar diri kita untuk mencapai sejumlah zikir yang kita sasarkan. Contohnya ulamak terkenal Hassan al-Banna menyarankan agar kita dapat berzikir paling kurang 1000 kali sehari. Maka kita tetapkanlah target kita dan 'cabar' diri kita. Sekiranya kita berjaya untu capai target tersebut dalam tempoh yang ditetapkan maka tingkatkanlah target untuk bulan berikutnya atau tahun berikutnya...Jadikanlah pepatah 'jadikan besok lebih baik dari hari ini' sebagai moto kehidupan berzikir kepada Allah...

4. Berdoa kepada Allah agar kita jadi istiqamah dalam berzikir.

Jika hati kita sudah berkehendakkan jalan yang mulia ini, maka hendaklah kita berusaha dan berdoa agar usaha kita bukanlah cuma 'hangat-hangat tahi ayam' tetapi sebaliknya biarlah ia berterusan sehingga akhir hayat. Hendaklah kita yakin bahawa Allah amat menyukai perbuatan yang baik dan akan sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang berniat baik.

Semoga apa yang dibicarakan pada kali ini, mencetuskan sesuatu yang baik kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Dan akhir kalimah, yakinlah bahawa masa tidak pernah menunggu kita untuk kita melakukan sesuatu...maka kejarilah masa itu, kerana kita semua tidak tahu bilakah masa akan menjemput kita 'ke sana'. Oleh yang demikian, janganlah kita berlengah, dan anggaplah sesuatu yang baik itu perlu dilakukan segera seolah-olah kita akan 'dijemput' besok hari....