Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan banyak berbicara selain berzikir kepada Allah, kerana banyak berbicara selain zikrullah, menyebabkan kerasnya hati dan sejauh-jauhnya manusia dari Allah yang berhati keras(beku)
(Attirmizi)
Sentiasalah berzikir kepada Allah...Zikir bermaksud mengingati Allah...Caranya mudah saja...tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan atau kerja berat...ia hanya semudah menyebut A,B,C...hanya dihujung lidah...Alangkah ruginya kita sekiranya sesuatu yang amat mudah ini kita abaikan...
Berlatihlah untuk sentiasa berzikir!!!
1. Pilihlah lafaz zikir paling mudah terlebih dahulu.
Lafaz yang paling mudah untuk disebut ialah lafaz Allah...maka bermulalah dengan menyebutnya berulang-ulang kali...agar ia menjadi sebati dengan lidah dan hati. Seandainya ia sudah sebati, maka boleh kita berzikir dengan menyebut lafaz yang lain pula...seperti lafaz Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, La ilaha illallah dan sebagainya...kita sebut dengan penuh khusyuk, penuh pengertian, penuh kerendahan hati...agar ia menyerap ke dalam jiwa lalu menjadi sebati....Insya Allah, lidah kita akan sentiasa dibasahi dengannya..
2. Tentukan masa khusus untuk berzikir.
Sebenarnya, zikir kepada Allah bukanlah hanya pada masa-masa tertentu saja, tetapi dalam setiap urusan, tindakan dan kerjabuat kita hendaklah kita mengingati Allah. Namun pengkhususan masa untuk berzikir juga adalah perlu agar masa yang berlalu sentiasa terisi dengan zikrullah.Masa untuk berzikir yang paling afdhal ialah sewaktu lepas solat. Namun kita juga boleh mendisiplinkan diri kita berzikir semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...misalnya semasa memandu kendereaan ke tempat kerja, kita latihlah bibir dan lidah kita untuk berzikir. Sebutlah nama Allah seberapa banyak sekalipun sehinggalah kita tiba di tempat kerja. Alangkah mulia dan berkatnya perjalanan kita untuk mencari rezeki kurniaan Allah.Selain daripada itu, kita juga boleh mengkhususkan masa untuk berzikir ialah di permulaan masa untuk tidur pada malam hari, sementara mata belum terlelap, maka selagi itulah zikir membasahi lidah dan hati....
3. Cabar diri untuk capai jumlah zikir yang disasarkan.
Sekiranya amalan zikir ini sudah menjadi sebahagian daripada rutin dalam hidup kita, maka kita sepatutnya melakukan satu 'upgrade' kepada amalan zikir kita. Cabar diri kita untuk mencapai sejumlah zikir yang kita sasarkan. Contohnya ulamak terkenal Hassan al-Banna menyarankan agar kita dapat berzikir paling kurang 1000 kali sehari. Maka kita tetapkanlah target kita dan 'cabar' diri kita. Sekiranya kita berjaya untu capai target tersebut dalam tempoh yang ditetapkan maka tingkatkanlah target untuk bulan berikutnya atau tahun berikutnya...Jadikanlah pepatah 'jadikan besok lebih baik dari hari ini' sebagai moto kehidupan berzikir kepada Allah...
4. Berdoa kepada Allah agar kita jadi istiqamah dalam berzikir.
Jika hati kita sudah berkehendakkan jalan yang mulia ini, maka hendaklah kita berusaha dan berdoa agar usaha kita bukanlah cuma 'hangat-hangat tahi ayam' tetapi sebaliknya biarlah ia berterusan sehingga akhir hayat. Hendaklah kita yakin bahawa Allah amat menyukai perbuatan yang baik dan akan sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang berniat baik.
Semoga apa yang dibicarakan pada kali ini, mencetuskan sesuatu yang baik kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Dan akhir kalimah, yakinlah bahawa masa tidak pernah menunggu kita untuk kita melakukan sesuatu...maka kejarilah masa itu, kerana kita semua tidak tahu bilakah masa akan menjemput kita 'ke sana'. Oleh yang demikian, janganlah kita berlengah, dan anggaplah sesuatu yang baik itu perlu dilakukan segera seolah-olah kita akan 'dijemput' besok hari....
No comments:
Post a Comment