Wednesday, 28 April 2010

WACANA KECEMERLANGAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...kerana sekali lagi diri ini terpanggil untuk mencoret sedikit 'ilmu' yang baru diperolehi dari majlis 'Wacana Kecemerlangan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab' yang dihadiri pada pagi tadi di SMKA Melor, Padang Raja, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis tadi diisi dengan satu slot yang agak menarik iaitu bagaimana cara menguruskan Panitia Pendidikan Islam dengan baik. Sebenarnya, ilmu tentang hal ini sudah ana kutip berdasarkan pemerhatian terhadap tugas-tugas yang dilakukan oleh Ketua Panitia ditempat bertugas....tetapi secara formalnya, pengurusan panitia ini ana belum ada pengalaman sendiri....

Majlis ini juga sebenarnya khusus untuk Ketua Panitia, tetapi oleh kerana ketua Panitia sekolah lami tidak dapat hadir, maka beliau meminta jasa baik ana menggantikannya....

Majlis ini dimulakan dengan slot oleh Jemaah Nazir jemputan iaitu Tn Hj Saiful Bahri b Ab Manaf iaitu Nazir Pendidikan Islam, negeri kelantan. Ceramah yang diberikan agak menarik juga dan menyuntik semangat ana untuk lebih maju lagi di dalam kerjaya sekarang...

Di dalam ucapan muqaddimahnya beliau ada meluahkan kebimbangan tentang masalah yang berlaku pada
pelajar-pelajar pada hari ini, dan kebimbangan terhadap  guru-guru pendidikan Islam (GPI) selaku tenaga pengajar pada hari ini. Apa yang dibimbangkannya ialah tentang 'ilmu yang GPI sampaikan tidak meresap ke dalam hati pendengar khususnya para pelajar'. Bagi ana kebimbangannya juga cukup berasas, sebab disebalik kata-katanya ada kebenarannya dan hal ini pernah juga sesekali terlintas di hati ana tentang keberkesanan cara kita mengajar dan mendidik pelajar.Ana sendiri pernah tertanya-tanya, mengapa pelajar yang kita ajar dan didik, masih lagi tidak berubah perangainya, masih lagi mahu melanggar disiplin sekolah, masih lagi malas solat dan sebagainya....terkadang sedih rasanya hati, gagal rasanya diri, kecewa tidak terperi....tercari-cari silapnya, puas mencari salahnya diri sendiri....Tetapi oleh kerana yidak mahu terus dihujani perasaan bersalah, maka segalanya diserahkan kepada Allah SWT, kita sudah memberitahu apa yang patut dan kita bukannya nabi,  sedangkan Hidayah itu milik Allah SWT...... lalu terasalah sedikit damai di hati.....lalu, samalah seperti kata Tuan Hj Saiful Bahri pada pagi tadi, kita hanya mampu berdoa agar apa yang kita sampaikan mudah-mudahan menjadi ilmu dan akhlak kepada pendengar.....

Manakala untuk slot yang kedua, sepatutnya dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendididkan Kelantan, tapi katanya tuan Pengarah tidak dapat hadir dan diganti oleh pula oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Kelantan.

Ada beberapa imput yang dapat ana kongsikan bersama hasil dari ucapan Tuan Hj Ab Razak bin , antaranya;
1. Berpeganglah kepada 7 T iaitu;
           i. Tafahhu      ( looking back and looking forward)
          ii. Tafakur      (guna minda untuk berfikir secara bijak untuk melihat realiti)
          iii. Tadabbur  (ambil iktibar terhadap perkara yang telah berlaku)
          iv. Tazkiah     (penyucian jiwa dan hati untuk memastikan kedamaian dan ketenangan)
           v. Tilawah     (bina kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran semasa0
          vi. Tahajjud    ( merintih dan meluahkan perasaan kepada Allah SWT)
         vii. Taqwa       (pelihara diri dari maksiat).

2. ada 5 mesej iaitu;
           i. merealisasikan hasrat dan harapan pengurusan GPI berlandaskan
             P T C A ( Planning To Check Action)
          ii. meneruskan kecemerlangan Pendidikan islam dan Bahasa Arab
         iii. menggerakkan aktiviti ko-kurikulum dan pengimarahan musolla
         iv. membuktikan prestasi kerja GPI di tahap cemerlang
          v. melibatkan diri dalam aktiviti sosial.


Majlis berakhir tepat jam 1:30 tengahari. Semoga sedikit coretan dari ana ini dapat sama-sama menyuntik semangat GPI dalam tugasan duniawi dan ukhrawi....Sesungguhnya, sama-samalah kita bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah SWT menjadi salah seorang daripada GPI, walaupun 'kurang glamor' tapi sebenarnya ia menuntut satu semangat jihad dalam jiwa demi meneruskan dakwah Islamiyah di atas mukabumi....Di samping itu ia juga membantu kita semua menyiapkan diri untuk kembali ke tempat kekal abadi kelak. Semoga apa yang kita usahakan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....

No comments:

Post a Comment