Thursday, 15 April 2010

Tanamkan Azam Untuk bangkit Bersolat Tahajjud...Jom!!!



Selawat dan salam buat Rasul Junjungan yang Mulia Muhammad SAW. Dalam pertemuan kita kali ini, tajuk SOLAT TAHAJJUD menjadi pilihan. Sudah lama tajuk ini ingin dirakamkan di media ini buat renungan kita semua.




Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang sangat dituntut untuk kita melaksanakannya. Di sebalik galakan melaksanakannya yang terdapat dalam al-Quran mahupun hadis, terdapat suatu  simbolik yang boleh difikirkan bersama. Tatacara melaksanakan solat sunat tahajjud, ialah dilaksanakan sebaik sahaja bangkit atau terjaga daripada tidur. Jika direnungkan, ia seolah menggambarkan tentang kebangkitan manusia daripada 'matinya' pada hari Mahsyar kelak. MasyaAllah...ia memang benar-benar bagaikan sama. Sesiapa yang berjaya melawan hawa nafsunya (nafsu tidur), untuk bangkit sujud kepada Allah pada malam harinya, sudah tentu akan disukai Allah dan menjadi orang-orang yang akan bangkit dengan 'jayanya' pada hari Mahsyar kelak....

Untuk itu, marilah sama-sama kita bertekad dan berazam untuk bangkit mengerjakan solat Tahajjud pada malamnya. Janganlah kita memberikan banyak alasan, bimbang nanti kita tidak sempat menunaikannya...kerana kematian tidak akan memberi penangguhan kepada kita semua, dan harinya tidak ditentukan sama ada muda ataupun sewaktu kita tua...Ayuh, berlatihlah sedikit demi sedikit....InsyaAllah, Tuhan akan sentiasa mengizinkan melakukan apapun apatah lagi....sesuatu yang amat disukainya....Sentiasalah berdoa, berazam dan bertekad untuk melakukan jihad ini...



Ya Allah, bangkitlah aku dari tidurku untuk kusujud padaMu.....Amin.

No comments:

Post a Comment