Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...kerana sekali lagi diri ini terpanggil untuk mencoret sedikit 'ilmu' yang baru diperolehi dari majlis 'Wacana Kecemerlangan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab' yang dihadiri pada pagi tadi di SMKA Melor, Padang Raja, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis tadi diisi dengan satu slot yang agak menarik iaitu bagaimana cara menguruskan Panitia Pendidikan Islam dengan baik. Sebenarnya, ilmu tentang hal ini sudah ana kutip berdasarkan pemerhatian terhadap tugas-tugas yang dilakukan oleh Ketua Panitia ditempat bertugas....tetapi secara formalnya, pengurusan panitia ini ana belum ada pengalaman sendiri....
Majlis ini juga sebenarnya khusus untuk Ketua Panitia, tetapi oleh kerana ketua Panitia sekolah lami tidak dapat hadir, maka beliau meminta jasa baik ana menggantikannya....
Majlis ini dimulakan dengan slot oleh Jemaah Nazir jemputan iaitu Tn Hj Saiful Bahri b Ab Manaf iaitu Nazir Pendidikan Islam, negeri kelantan. Ceramah yang diberikan agak menarik juga dan menyuntik semangat ana untuk lebih maju lagi di dalam kerjaya sekarang...
Di dalam ucapan muqaddimahnya beliau ada meluahkan kebimbangan tentang masalah yang berlaku pada
pelajar-pelajar pada hari ini, dan kebimbangan terhadap guru-guru pendidikan Islam (GPI) selaku tenaga pengajar pada hari ini. Apa yang dibimbangkannya ialah tentang 'ilmu yang GPI sampaikan tidak meresap ke dalam hati pendengar khususnya para pelajar'. Bagi ana kebimbangannya juga cukup berasas, sebab disebalik kata-katanya ada kebenarannya dan hal ini pernah juga sesekali terlintas di hati ana tentang keberkesanan cara kita mengajar dan mendidik pelajar.Ana sendiri pernah tertanya-tanya, mengapa pelajar yang kita ajar dan didik, masih lagi tidak berubah perangainya, masih lagi mahu melanggar disiplin sekolah, masih lagi malas solat dan sebagainya....terkadang sedih rasanya hati, gagal rasanya diri, kecewa tidak terperi....tercari-cari silapnya, puas mencari salahnya diri sendiri....Tetapi oleh kerana yidak mahu terus dihujani perasaan bersalah, maka segalanya diserahkan kepada Allah SWT, kita sudah memberitahu apa yang patut dan kita bukannya nabi, sedangkan Hidayah itu milik Allah SWT...... lalu terasalah sedikit damai di hati.....lalu, samalah seperti kata Tuan Hj Saiful Bahri pada pagi tadi, kita hanya mampu berdoa agar apa yang kita sampaikan mudah-mudahan menjadi ilmu dan akhlak kepada pendengar.....
Manakala untuk slot yang kedua, sepatutnya dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendididkan Kelantan, tapi katanya tuan Pengarah tidak dapat hadir dan diganti oleh pula oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Kelantan.
Ada beberapa imput yang dapat ana kongsikan bersama hasil dari ucapan Tuan Hj Ab Razak bin , antaranya;
1. Berpeganglah kepada 7 T iaitu;
i. Tafahhu ( looking back and looking forward)
ii. Tafakur (guna minda untuk berfikir secara bijak untuk melihat realiti)
iii. Tadabbur (ambil iktibar terhadap perkara yang telah berlaku)
iv. Tazkiah (penyucian jiwa dan hati untuk memastikan kedamaian dan ketenangan)
v. Tilawah (bina kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran semasa0
vi. Tahajjud ( merintih dan meluahkan perasaan kepada Allah SWT)
vii. Taqwa (pelihara diri dari maksiat).
2. ada 5 mesej iaitu;
i. merealisasikan hasrat dan harapan pengurusan GPI berlandaskan
P T C A ( Planning To Check Action)
ii. meneruskan kecemerlangan Pendidikan islam dan Bahasa Arab
iii. menggerakkan aktiviti ko-kurikulum dan pengimarahan musolla
iv. membuktikan prestasi kerja GPI di tahap cemerlang
v. melibatkan diri dalam aktiviti sosial.
Majlis berakhir tepat jam 1:30 tengahari. Semoga sedikit coretan dari ana ini dapat sama-sama menyuntik semangat GPI dalam tugasan duniawi dan ukhrawi....Sesungguhnya, sama-samalah kita bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah SWT menjadi salah seorang daripada GPI, walaupun 'kurang glamor' tapi sebenarnya ia menuntut satu semangat jihad dalam jiwa demi meneruskan dakwah Islamiyah di atas mukabumi....Di samping itu ia juga membantu kita semua menyiapkan diri untuk kembali ke tempat kekal abadi kelak. Semoga apa yang kita usahakan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....
Ahlan Wa Sahlan ke laman blog Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Putri Saadong, Bukit Marak, 16030 Bachok, Kelantan.Blog ini dikendalikan oleh Ustazah Hjh Razana binti Haji Othman dengan tujuan untuk memaparkan aktiviti-aktiviti panitia dan seterusnya sebagai salah satu wadah dakwah islamiyah. Semoga Allah SWT memberkati usaha ini. Jom kongsi ilmu... PENGURUSAN BERSISTEMATIK GPI BERKUALITI
Wednesday, 28 April 2010
Saturday, 24 April 2010
Hukum Ziarah Kubur...
HUKUM MENZIARAHI KUBUR: Bagaimana Dengan Perempuan? بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Dalam masyarakat kita, amalan menziarahi kubur akan nampak lebih jelas pada bulan Ramadhan dan awal-awal bulan Syawwal; sama ada menziarahi kubur ibu bapa atau lain-lain sanak saudara. Bahkan setengah keluarga mengkerapkan ziarah kubur ibu bapa mereka pada setiap hari Jumaat. Amalan ziarah kubur ini perlu dikekalkan kerana ia sunnah Rasulullah SAW. Kerana di samping menghidupkan hubungan antara orang yang hidup dengan orang yang telah mati, terdapat lain-lain manfaat atau tujuan yang boleh diperolehi dari amalan menziarahi kubur itu seperti yang disarankan oleh Islam, antaranya ialah:\ (1) Supaya dikasihi oleh Allah SWT dengan sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. (2) Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari tanah dan kembali semula kepada tanah. (3) Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau ke neraka. (4) Mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran. (5) Mengingat kembali terhadap orang-orang yang berjasa dan orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah Tauhid. (6) Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia seperti dalam hadits riwayat daripada Ibnu Mas‘ud (ra) bahawa Rasulullah SAW bersabda: ُ كنْتُ نَهَيْتُ ُ كمْ عَنْ زِيَارَةِ الُْقبُورِ، َفزُورُوهَا َفِإنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا، وَتُ َ ذكِّرُ الآخِرََة (رواه ابن ماجه) Maksudnya: “(Pada mulanya) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, (kini) kamu ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.” (Hadits riwayat Ibnu Majah) (7) Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka. Hukum Ziarah Kubur Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam, terutama sekali menziarahi kubur kedua ibu bapa. Ini berdasarkan kepada hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra: زَارَ النَِّبيُّ صَلَّى اللَّهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ َقبْرَ أُمِّهِ َفبَ َ كى وََأبْ َ كى مَنْ حَوَْلهُ فَقَا َ ل : استَْأَذنْتُ رَِّبي فِي َأ ْ ن َأسْتَغْفِرَ َلهَا َفَلمْ يُؤَْذ ْ ن لِي وَاسْتَْأَذنْتُهُ فِي َأ ْ ن َأزُورَ َقبْرَهَا َفأُذِ َ ن لِي َفزُوْرُوا الْقُبُوْرَ َفِإنَّهَا تُ َ ذكِّرُ الْمَوْتَ (رواه الجماعة) Maksudnya: “(Pada suatu ketika) Rasulullah SAW ziarah ke kubur ibunya, lalu Baginda menangis, maka menangis pulalah orang sekelilingnya. Kemudian Baginda bersabda: “Aku memohon keizinan kepada Tuhanku untuk aku memintakan ampun bagi ibuku, tetapi permohonanku tidak diperkenankanNya. (Kemudian) aku memohon keizinan untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankanNya bagiku, kerana itu pergilah kamu menziarahi kubur, kerana hal itu akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadits riwayat al-Jama‘ah) Berdasarkan hadits yang tersebut di atas, menunjukkan bahawa menziarahi kubur itu hukumnya adalah sunat, iaitu sunat bagi lelaki sahaja, tidak bagi perempuan. Sebagaimana disunatkan menziarahi kaum keluarga terdekat terutama ibu bapa dan saudara mara pada masa hayat mereka, maka disunatkan juga menziarahi tatkala mereka sudah meninggal dunia dengan menziarahi kubur mereka. Sungguhpun demikian, bukanlah bermakna menziarahi kubur orang Islam yang lain (yang bukan keluarga terdekat) itu tidak disunatkan, malahan ia juga disunatkan dengan tujuan mengingatkan kepada kematian, memohon rahmat untuknya dan sebagainya. Walaubagaimanapun tidak disunatkan musafir (belayar) hanya kerana untuk menziarahi kubur kecuali untuk menziarahi makam Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam. Hukum Ziarah Kubur Bagi Perempuan Menurut pendapat jumhur ulama hukum ziarah kubur bagi perempuan adalah makruh; kerana sifat mereka yang tidak sabar, cepat tersentuh perasaan, dan ditakuti akan menimbulkan perasaan dukacita yang bersangatan sehingga menyebabkan dia menangis, meraung atau meratapi kubur si mati. Sungguhpun demikian, terdapat dalil yang menunjukkan bahawa hukum bagi perempuan menziarahi kubur adalah tidak haram, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik (ra) Nabi saw berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: اِتَّقِي اللَّهَ وَاصِْبِري (متفق عليه) Maksudnya: “Bertaqwalah anda kepada Allah dan bersabarlah.” (Hadits muttafaq ‘alaih) Dapatlah difahami dari hadis yang telah disebutkan tadi, bahawa menziarahi kubur bagi perempuan itu tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, nescaya Nabi SAW menegur ataupun melarang perempuan tersebut daripada menziarahi kubur. Satu lagi riwayat ialah ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha juga pernah menziarahi kubur. Dia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah yang patut aku baca kepada mereka, (iaitu ketika melawat perkuburan)?” Jawab Rasulullah SAW: ُقولِي: َالسَّ َ لامُ عََلى َأهْ ِ ل الدِّيَا ِ ر مِنَ الْمُؤْمِِنيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ اْلمُسْتَْ قدِمِيْنَ مِنَّا وَاْلمُسْتَْأخِِريْنَ، وَِإنَّا ِإ ْ ن شَاءَ اللهُ ِب ُ كمْ َ لاحُِقو َ ن (رواه مسلم) Maksudnya: “Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada mukminin dan muslimin dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.” (Hadits riwayat Muslim) Secara ringkas,hukum menziarahi kubur bagi perempuan itu bergantung kepada tujuannya. Jika tujuannya ialah untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat, di samping dia dapat menjaga adab kesopanan dirinya, dapat menahan dirinya dari kesedihan yang bersangatan, serta aman dari segala fitnah; baik dari segi persekitaran mahupun masa berziarah, maka dalam hal ini, hukumnya adalah makruh bagi perempuan tersebut menziarahi kubur. Manakala menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur. Oleh sebab itu, di antara adab-adab yang perlu dijaga oleh perempuan yang menziarahi kubur itu ialah: (1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya. (2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam. (3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur. (4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang dilarang ke atas kaum lelaki. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah ra: نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الُْقبُو ِ ر َفمَنْ َأرَادَ َأ ْ ن يَزُوْرَ َفْليَزُرْ وَ َ لا تَُقوُْلوْا هُجْرًا (رواه النسائي) Maksudnya: “(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan perkataan yang batil.” (Hadis riwayat an-Nasa’e) Berbeza menziarahi kubur Rasulullah SAW hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki. Daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma Rasulullah SAW bersabda: مَنْ زَارَ َقبِْريْ وَجَبَتْ َلهُ شَفَاعَتِيْ (رواه الدارقطني) Maksudnya: “Barangsiapa menziarahi kuburku, wajiblah baginya mendapat syafa‘atku.” (Hadits riwayat ad-Daraquthni) Menurut sebahagian ulama, sunat juga menziarahi kubur para nabi, para ulama dan aulia. Wallahu 'alam. mencari cinta dan redha Rabbul Izzati..... sumber: http://izanmann.blogspot.com/ | w |
Jom berzikir....
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan banyak berbicara selain berzikir kepada Allah, kerana banyak berbicara selain zikrullah, menyebabkan kerasnya hati dan sejauh-jauhnya manusia dari Allah yang berhati keras(beku)
(Attirmizi)
Sentiasalah berzikir kepada Allah...Zikir bermaksud mengingati Allah...Caranya mudah saja...tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan atau kerja berat...ia hanya semudah menyebut A,B,C...hanya dihujung lidah...Alangkah ruginya kita sekiranya sesuatu yang amat mudah ini kita abaikan...
Berlatihlah untuk sentiasa berzikir!!!
1. Pilihlah lafaz zikir paling mudah terlebih dahulu.
Lafaz yang paling mudah untuk disebut ialah lafaz Allah...maka bermulalah dengan menyebutnya berulang-ulang kali...agar ia menjadi sebati dengan lidah dan hati. Seandainya ia sudah sebati, maka boleh kita berzikir dengan menyebut lafaz yang lain pula...seperti lafaz Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, La ilaha illallah dan sebagainya...kita sebut dengan penuh khusyuk, penuh pengertian, penuh kerendahan hati...agar ia menyerap ke dalam jiwa lalu menjadi sebati....Insya Allah, lidah kita akan sentiasa dibasahi dengannya..
2. Tentukan masa khusus untuk berzikir.
Sebenarnya, zikir kepada Allah bukanlah hanya pada masa-masa tertentu saja, tetapi dalam setiap urusan, tindakan dan kerjabuat kita hendaklah kita mengingati Allah. Namun pengkhususan masa untuk berzikir juga adalah perlu agar masa yang berlalu sentiasa terisi dengan zikrullah.Masa untuk berzikir yang paling afdhal ialah sewaktu lepas solat. Namun kita juga boleh mendisiplinkan diri kita berzikir semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...misalnya semasa memandu kendereaan ke tempat kerja, kita latihlah bibir dan lidah kita untuk berzikir. Sebutlah nama Allah seberapa banyak sekalipun sehinggalah kita tiba di tempat kerja. Alangkah mulia dan berkatnya perjalanan kita untuk mencari rezeki kurniaan Allah.Selain daripada itu, kita juga boleh mengkhususkan masa untuk berzikir ialah di permulaan masa untuk tidur pada malam hari, sementara mata belum terlelap, maka selagi itulah zikir membasahi lidah dan hati....
3. Cabar diri untuk capai jumlah zikir yang disasarkan.
Sekiranya amalan zikir ini sudah menjadi sebahagian daripada rutin dalam hidup kita, maka kita sepatutnya melakukan satu 'upgrade' kepada amalan zikir kita. Cabar diri kita untuk mencapai sejumlah zikir yang kita sasarkan. Contohnya ulamak terkenal Hassan al-Banna menyarankan agar kita dapat berzikir paling kurang 1000 kali sehari. Maka kita tetapkanlah target kita dan 'cabar' diri kita. Sekiranya kita berjaya untu capai target tersebut dalam tempoh yang ditetapkan maka tingkatkanlah target untuk bulan berikutnya atau tahun berikutnya...Jadikanlah pepatah 'jadikan besok lebih baik dari hari ini' sebagai moto kehidupan berzikir kepada Allah...
4. Berdoa kepada Allah agar kita jadi istiqamah dalam berzikir.
Jika hati kita sudah berkehendakkan jalan yang mulia ini, maka hendaklah kita berusaha dan berdoa agar usaha kita bukanlah cuma 'hangat-hangat tahi ayam' tetapi sebaliknya biarlah ia berterusan sehingga akhir hayat. Hendaklah kita yakin bahawa Allah amat menyukai perbuatan yang baik dan akan sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang berniat baik.
Semoga apa yang dibicarakan pada kali ini, mencetuskan sesuatu yang baik kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Dan akhir kalimah, yakinlah bahawa masa tidak pernah menunggu kita untuk kita melakukan sesuatu...maka kejarilah masa itu, kerana kita semua tidak tahu bilakah masa akan menjemput kita 'ke sana'. Oleh yang demikian, janganlah kita berlengah, dan anggaplah sesuatu yang baik itu perlu dilakukan segera seolah-olah kita akan 'dijemput' besok hari....
Sunday, 18 April 2010
Hari Kiamat Pasti Tiba...
...apabila laut meledakkan ammarahnya...
22 tanda akan berlakunya hari kiamat:
1. Ramai manusia mengabaikan solat
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, majalah, filem atau internet.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberikan fatwa yang menyesatkan pengikutnya
4. Perkara benar menjadi salah, perkara salah menjadi benar dan sukar membezakan yang halal dan yang haram atau sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam kehidupan dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang
6. membayar zakat dianggap beban
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.
....dan apabila gunung berapi memuntahkan larvanya....
The Last Day klik di sini
Peristiwa Kiamat klik di sini
Berakhirnya riwayat manusia klik di sini
22 tanda akan berlakunya hari kiamat:
1. Ramai manusia mengabaikan solat
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, majalah, filem atau internet.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberikan fatwa yang menyesatkan pengikutnya
4. Perkara benar menjadi salah, perkara salah menjadi benar dan sukar membezakan yang halal dan yang haram atau sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam kehidupan dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang
6. membayar zakat dianggap beban
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.
....dan apabila gunung berapi memuntahkan larvanya....
The Last Day klik di sini
Peristiwa Kiamat klik di sini
Berakhirnya riwayat manusia klik di sini
Solatlah di mana saja anda berada....
Assalamualaikum wrh.wbt...Selawat dan salam buat Rasul kesayangan kita semua. Kali ini ana terpanggil untuk mengajak anda semua berfikir tentang sesuatu yang cukup biasa dibicarakan...iaitu topik SOLAT.
Menunaikan solat ini bukanlah sesuatu yang 'sukar'...ia sebenarnya cukup mudah dan senang bagi orang yang benar-benar memahami konsep kewajipan solat ini. Namun, ramai manusia muslim menganggapnya 'susah' lalu ramailah yang mengabaikannya.
Dalam bab Solat ini, Allah swt telah banyak bermurah hati memberikan kelonggaran demi kelonggaran buat hambanya yang ingin bersyukur dan bersujud. Antaranya Solat Jamak Qasar dan Solat ketika sakit. Dan sebenarnya solat ini begitu mudah untuk dilakukan walau dimana kita berada, walau macam mana sekalipun keadaan kita.
Selagi kita masih mencukupi syarat-syarat wajib solat, maka kita wajib menunaikan solat. Lihat gambar ni...
Lelaki ini menunaikan solat di atas padang rumput tanpa sebarang sejadah atau alas...asalkan pakaian kita bersih dari najis, solat masih boleh dilaksanakan....
Solat masih boleh dilaksanakan walaupun berada di dalam hutan...(mungkin sewaktu program perkhemahan ni....syabas untuk anda!!!)
Sukan-sukan juga, solat masih menjadi kewajipan....kalaulah semua atlit kita seperti ini, alangkah bersinarnya syiar Islam...
Solat di tepi longkang...tetap ditunaikan, asalkan tempat bersih....
Akhir sekali, semoga kita sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah oleh Allah swt. untuk menjadi insan yang sentiasa menjaga solatnya..Amin. Ya Rabbal Alamin.
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....
Menunaikan solat ini bukanlah sesuatu yang 'sukar'...ia sebenarnya cukup mudah dan senang bagi orang yang benar-benar memahami konsep kewajipan solat ini. Namun, ramai manusia muslim menganggapnya 'susah' lalu ramailah yang mengabaikannya.
Dalam bab Solat ini, Allah swt telah banyak bermurah hati memberikan kelonggaran demi kelonggaran buat hambanya yang ingin bersyukur dan bersujud. Antaranya Solat Jamak Qasar dan Solat ketika sakit. Dan sebenarnya solat ini begitu mudah untuk dilakukan walau dimana kita berada, walau macam mana sekalipun keadaan kita.
Selagi kita masih mencukupi syarat-syarat wajib solat, maka kita wajib menunaikan solat. Lihat gambar ni...
Lelaki ini menunaikan solat di atas padang rumput tanpa sebarang sejadah atau alas...asalkan pakaian kita bersih dari najis, solat masih boleh dilaksanakan....
Solat masih boleh dilaksanakan walaupun berada di dalam hutan...(mungkin sewaktu program perkhemahan ni....syabas untuk anda!!!)
Sukan-sukan juga, solat masih menjadi kewajipan....kalaulah semua atlit kita seperti ini, alangkah bersinarnya syiar Islam...
Solat di tepi longkang...tetap ditunaikan, asalkan tempat bersih....
Akhir sekali, semoga kita sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah oleh Allah swt. untuk menjadi insan yang sentiasa menjaga solatnya..Amin. Ya Rabbal Alamin.
Mencari cinta dan redha Rabbul Izzati.....
Thursday, 15 April 2010
Tanamkan Azam Untuk bangkit Bersolat Tahajjud...Jom!!!
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan yang Mulia Muhammad SAW. Dalam pertemuan kita kali ini, tajuk SOLAT TAHAJJUD menjadi pilihan. Sudah lama tajuk ini ingin dirakamkan di media ini buat renungan kita semua.
Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang sangat dituntut untuk kita melaksanakannya. Di sebalik galakan melaksanakannya yang terdapat dalam al-Quran mahupun hadis, terdapat suatu simbolik yang boleh difikirkan bersama. Tatacara melaksanakan solat sunat tahajjud, ialah dilaksanakan sebaik sahaja bangkit atau terjaga daripada tidur. Jika direnungkan, ia seolah menggambarkan tentang kebangkitan manusia daripada 'matinya' pada hari Mahsyar kelak. MasyaAllah...ia memang benar-benar bagaikan sama. Sesiapa yang berjaya melawan hawa nafsunya (nafsu tidur), untuk bangkit sujud kepada Allah pada malam harinya, sudah tentu akan disukai Allah dan menjadi orang-orang yang akan bangkit dengan 'jayanya' pada hari Mahsyar kelak....
Untuk itu, marilah sama-sama kita bertekad dan berazam untuk bangkit mengerjakan solat Tahajjud pada malamnya. Janganlah kita memberikan banyak alasan, bimbang nanti kita tidak sempat menunaikannya...kerana kematian tidak akan memberi penangguhan kepada kita semua, dan harinya tidak ditentukan sama ada muda ataupun sewaktu kita tua...Ayuh, berlatihlah sedikit demi sedikit....InsyaAllah, Tuhan akan sentiasa mengizinkan melakukan apapun apatah lagi....sesuatu yang amat disukainya....Sentiasalah berdoa, berazam dan bertekad untuk melakukan jihad ini...
Ya Allah, bangkitlah aku dari tidurku untuk kusujud padaMu.....Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)